Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Seorang pegawai polis dan isterinya maut, manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di Kilometer 76 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, awal pagi Rabu.
Transcript
00:00Seorang pegawai polis dan isteri maut manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di kilometer 76 Jalan Kuantan
00:09-Segamat di Pekan pada awal pagi Rabu.
00:12Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Muhammad Zaidimadzin berkata,
00:16Inspektor Syah Luqman Luzar Ramli, 50 tahun, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kuantan dan isteri Nurul Fiza
00:24Ardiana Ambak, 46 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:31Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 3 pagi melibatkan sebuah Proton Wira dipandu mangsa dari Kuantan menghala ke Jempol,
00:40Negeri Sembilan dan Honda City dipandu lelaki berusia 26 tahun dari Gelang Patah Johor ke Terengganu.
00:47Ketika di lokasi kejadian, Proton Wira dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Honda City
00:56itu.
00:57Beliau berkata kemalangan menyebabkan empat anak Syah Luqman dan Nurul Fiza Ardiana yang berusia antara 10 hingga 18 tahun cedera
01:06termasuk seorang patah kaki kiri dengan mereka menerima rawatan di Hospital Muazzam Syah, Rompin.
01:12Pemandu Honda City mengalami kecederaan ringan manakala isteri berusia 26 tahun yang hamil 22 minggu turut menerima rawatan di Zon
01:21Kecemasan Hospital Muazzam Syah.
01:23Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan bagi menjalani proses bedah siasat yang dijadualkan pada 10 pagi ini.
01:32Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:37Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:38Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:39Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:40Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:40Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments

Recommended