00:00Lebih 10,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra pada
00:08Rabu pagi.
00:09Anwar yang lengkap berbaju Melayu biru muda tiba pada jam 8.05 pagi ditemani isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah
00:17Wan Ismail.
00:19Solat sunat itu dipimpin Imam Besar Masjid Putra Dr. Zakwa Rozali dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
00:28Datuk Dr. Sirajudin Suhaimi.
00:30Sejak jam 6.45 pagi, perkelangan masjid dipenuhi orang ramai termasuk pelancong asing yang ingin menyaksikan suasana solat sunat Aidil
00:40Adha.
00:40Kutbah Aidil Adha bertajuk pengorbanan menuntut keikhlasan menekankan bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan tetapi lambang ketaatan penuh kepada
00:51Allah seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
00:55Kutbah turut menyeru umat Islam memperkukuh ketakwaan, mengutamakan perintah Allah, menggalakkan kebajikan melalui agihan daging korban serta menekankan pengorbanan dalam
01:06kehidupan seharian seperti menjaga keluarga, mencari rezeki halal, menuntut ilmu dan mempertahankan perpaduan.
01:13Sebelum beredar, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.
Comments