00:00Tiga rakyat Palestine terbunuh dalam satu serangan terbaharu oleh Israel di semenanjung Gaza
00:05menjadikan jumlah korban meningkat kepada sembilan orang menjelang sambutan Haind al-Adha pada Rabu.
00:12Menurut pihak berkuasa Palestine, serangan tersebut menyasarkan penempatan yang didiami rakyat negara itu
00:17dan ia jelas membuktikan bahawa Israel secara terus masih melanggar genjata-senjata yang masih berkuat kuasa.
00:25Ujar pihak berkuasa negara itu, serangan berkenaan menyasarkan sebuah bangunan kediaman
00:31yang menempatkan kedai, bangunan kediaman di kawasan komersial paling sibuk di Gaza City,
00:37sebuah kenderaan awam serta satu perhimpunan orang awam di tengah dan selatan Gaza.
00:43Seramai tiga rakyat Palestine termasuk seorang wanita maut manakala 20 lagi cedera
00:48selepas pesawat pejuang Israel melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan kediaman
00:53di kawasan selatan Rimal di barat Gaza City.
00:57Saksi di tempat kejadian turut melamporkan, pesawat Israel melepaskan beberapa peluru berpandu
01:03ke arah bangunan tersebut menyebabkan kemusnahan besar di kawasan sekitar.
01:08Dalam kejadian berasingan, lima lagi rakyat Palestine cedera dalam serangan Israel
01:13yang menyasarkan bumbung sebuah bangunan kediaman di kawasan Rimal.
01:17Untuk rekod, lebih 72,000 orang terbunuh dan lebih 172,000 cedera
01:23dalam tempoh dua tahun serangan ketenteraan Israel sejak Oktober 2023.
01:29Serangan oleh tentera Zionis itu juga telah mengakibatkan kemusnahan meluas
01:33sehingga menjejaskan sekitar 90% infrastruktur awam di Gaza.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments