00:00United Kingdom mencatatkan rekod suhu tertinggi dalam tempoh lebih satu abad buat kali kedua dalam tempoh 24 jam pada selasa.
00:08Ketika gelombang haba musim bunga terus melanda sebagian Eropah Barat sekaligus mendorong amaran kerajaan mengenai risiko terhadap keselamatan nyawa.
00:18Menurut Perkhidmatan Meteorologi Britain, suhu 35 darjah Celsius direkodkan di Taman Kew, London dan lapangan terbang Heathrow memecahkan rekod 34.
00:30darjah Celsius yang dicatat sehari sebelumnya.
00:35Bacaan sementara itu juga mengatasi rekod terdahulu 32.8 darjah Celsius yang dicapai pada tahun 1922 dan 1944.
00:45London turut mengalami fenomena jarang berlaku, dikenali sebagai malam tropika iaitu apabila suhu tidak turun di bawah 20 darjah Celsius.
00:56Cuaca panas luar biasa itu mengejutkan sebagian pelancong yang berkunjung ke London.
01:01Selepas hujung minggu panjang di UK menyaksikan orang ramai membanjiri pantai, kolam renang dan taman, penumpang di London terpaksa berdepan
01:09kepanasan dalam gerabak bawah tanah tanpa penyaman udara pada selasa.
01:13Perkhidmatan tren ke dan dari stesen Cibok Waterloo turut terganggu berikutan laporan asap di Nadasan.
01:22Agensi Keselamatan Kesihatan UK mengeluarkan amaran kesihatan tahap jingga untuk sebagian besar negara sehingga Khamis memberi amaran mengenai risiko kesihatan
01:31khususnya kepada golongan warga emas ketika waktu paling panas dalam sehari.
01:36United Kingdom lazimnya beriklim sederhana dan banyak rumah, sekolah serta premis perniagaan tidak dilengkapi penyaman udara.
Comments