Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Donald Trump berkata pemeriksaan kesihatan terbaharunya di Walter Reed menunjukkan semuanya dalam keadaan sempurna, walaupun perhatian awam sebelum ini tertumpu kepada beberapa isu kesihatan kecil yang tular di media.
Transcript
00:00Seterusnya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang akan mencejah usia 80 tahun bulan depan mendedahkan beliau dalam keadaan sempurna selepas
00:10menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed dalam hantaran di platform True Social.
00:18Trump bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai pemeriksaan tersebut.
00:24Trump berkongsi beliau telah melengkapkan pemeriksaan berkala enam bulannya.
00:29Lawatan ke Walter Reed ini merupakan yang ketiga dalam tempoh 13 bulan.
00:34Keadaan kesihatan Trump mendapat perhatian umum sejak setahun yang lalu.
00:39Gambar-gambar terkini yang menunjukkan ruam tumpuk pada leher turut menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatannya selepas imej pada Julai 2025
00:49yang memaparkan buku lali bengkak dan tangan lebam yang ditutup dengan solekan.
00:55Dr. White House Dr. Sean Barbabella berkata Trump menggunakan krim biasa sebagai rawatan pencegahan kulit bagi menangani ruam tersebut.
01:04Namun tidak menjelaskan secara terperinci keadaan yang dirawat.
01:08Selepas fotokaki dan tangan Presiden itu tular pada Julai lalu, Barbabella dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan berkenaan adalah tidak
01:17berbahaya
01:18dan tiada tanda penyakit serius seperti trombosis vena atau penyakit arteri.
01:24Dalam memo selepas pemeriksaan kedua, beliau turut memaklumkan bahawa usia jantung Trump berdasarkan ukuran kesihatan kardiovaskular melalui ECG
01:33didapati sekitar 14 tahun lebih muda daripada usia sebenar beliau.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended