Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa, Israel dilaporkan terus melancarkan lebih 120 serangan udara ke atas sasaran dipercayai milik Hizbullah di selatan Lubnan. Rakaman yang dikeluarkan tentera Israel menunjukkan serangan terhadap sebuah bangunan dikaitkan dengan anggota kumpulan itu, namun tidak dapat disahkan secara bebas. Ketegangan serantau terus meningkat dengan penglibatan Iran dan Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan di Timur Tengah.
Transcript
00:00Di sebalik gejata senjata yang masih lagi berkuatkuasa, Israel dilaporkan masih melancarkan siri serangan udara terhadap sasaran yang dipercayai anggota
00:11kumpulan Pejuang Hezbollah.
00:13Perkara tersebut disahkan sendiri oleh tentera Zionis menerusi satu rakaman video yang disiarkan pada selasa memamparkan serangan udara ke atas
00:22sebuah bangunan dipercayai milik seorang anggota kumpulan berkenaan.
00:26Tarikh dan lokasi rakaman berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan.
00:31Rakaman tersebut dikeluarkan ketika Israel melancarkan lebih 120 serangan udara ke atas lubnan pada hari sama menjadikannya antara hari pengeboman
00:40paling intensif dalam beberapa minggu menurut sumber keselamatan lubnan.
00:45Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi ketenteraan di negara itu sedang dipeluaskan.
00:51Peningkatan ketegangan ini berlaku dalam suasana konflik serantau yang semakin meruncing apabila Iran menuduh AS melanggar kecata senjata berasingan melalui
01:02serangan di selatan Iran.
01:03Perkara berkenaan sekaligus menggambarkan keadaan yang semakin tidak stabil susulan pertempuran rentas sempadan antara Israel dan Hezbollah.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended