Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Iran menuduh Amerika Syarikat melakukan pelanggaran besar gencatan senjata susulan serangan udara di selatan negara itu, ketika rundingan lanjutan untuk menamatkan konflik masih berlangsung dan Selat Hormuz kekal tegang.
Transcript
00:00Iran mendakwa Amerika Syarikat mencabuli gejata senjata susulan serangan udara baru yang dilancarkan ke atas negara itu pada selasa.
00:09Kementerian Luar Iran pula tegaskan bahawa Amerika Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akibat daripada tindakan agresif dan tidak berasas di wilayah
00:20Hormuzgan
00:21yang mempunyai pesisi di Selat Hormuz laluan penting yang kini disekat Iran sehingga menyebabkan lonjakan harga tenaga global.
00:30Pada selasa, Komando Pusat Amerika Syarikat, Sankom, memaklumkan bahawa lokasi pelancaran peluru berpandu Iran serta bot yang cuba memasang perut
00:40api telah menjadi sasaran dalam apa yang disifatkan sebagai serangan pertahanan diri.
00:46Bagaimanapun, masih belum jelas sejauh mana serangan tersebut akan menjejaskan rundingan yang sedang berlangsung bagi menamatkan konflik.
00:54Menurut kenyataan Iran, ia tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan rakyatnya.
01:01Amerika Syarikat dan Israel sebelum ini memulakan perang terhadap Iran pada 28 Februari melalui beberapa seri serangan maut termasuk satu
01:09serangan yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu.
01:12Selepas beberapa minggu pertempuran, gejata senjata dicapai pada 8 April dan sebagian besar dipatuhi sejak itu kecuali satu pertembungan ketara
01:22pada awal Mei.
01:23Dalam kenyataannya, Senkom berkata, tentera Amerika telah melancarkan serangan pertahanan diri di selatan Iran untuk melindungi pasukannya daripada ancaman pihak
01:34Iran.
01:35Ia tidak memperincikan lokasi serangan, namun seorang pegawai yang dipetik New York Times memaklumkan bahawa sasaran terletak berhampiran Bandar Abbas,
01:44sebuah bandar pelabuhan di selatan Iran yang turut menempatkan pangkalan tentera laut di Selat Hormuz.
01:50Media kerajaan Iran sebelum ini melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan di Bandar Abbas sedang menyiasat beberapa letupan yang didengar di
01:59kawasan itu.
02:00Insiden itu berlaku ketika rundingan sedang dijalankan bagi melanjutkan gejata senjata sedia ada dengan matlamat akhir untuk menamatkan konflik tersebut.
02:10Pada hujung minggu, Presiden Donald Trump pada mulanya memberi bayangan bahawa perjanjian hampir dimuktamadkan sebelum kemudian mengarahkan pasukan perunding supaya
02:18tidak tergesa-gesa
02:20dalam mencapai persetujuan.
02:22Menurut laporan media AS, perjanjian yang sedang dipertimbangkan bukan penyelesaian muktamad.
02:28Sebaliknya, satu memoranda persefahaman yang melibatkan lanjutan gejata senjata selama 60 hari,
02:34pembukaan semula Selat Hormuz serta pelan perundingan lanjut mengenai program nuklear Iran.
02:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended