Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila meraih kutipan RM20.3 juta di pawagam seluruh negara, disokong sambutan hangat penonton dan siri jelajah yang dibanjiri ribuan peminat.
Transcript
00:00Film aksi tempatan Tarung Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM20.3 juta sejak ditayangkan
00:10di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.
00:14Pencapaian itu sekaligus mengukuhkan kedudukan film berkenaan sebagai antara karya tempatan paling berjaya dan hangat diperkatakan tahun ini, khususnya dalam
00:22genre aksi tempatan.
00:27Pengarah penulis skrip merangkap penerbit eksekutif film itu Razai Syam Rashid berkata kejayaan sebenar Tarung Unforgiven bukan hanya diukur menerusi
00:36kutipan box office, sebaliknya bagaimana film itu diterima secara dekat oleh penonton.
00:41Menurut beliau, siri jelajah film yang berlangsung di beberapa lokasi memberi peluang untuk bertemu sendiri dengan peminat serta mendengar pandangan
00:48mereka mengenai karya tersebut.
00:50Sejak mula ditayangkan, Tarung Unforgiven dilihat konsisten menarik kehadiran penonton selain menjadi topik hangat di media sosial.
00:57Momentum itu turut dipacu pendekatan barisan pelakon termasuk A.D. Ashraf, Mirul Aiman, Azira Syafinas, Amir Ahnaf dan Brom Palari
01:05yang aktif menyertai siri jelajah dan berinteraksi dengan peminat di seluruh negara.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended