Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di sini, malam Isnin dipercayai anggota kumpulan jenayah yang menyasarkan rumah berhampiran lebuh raya bagi memudahkan mereka melarikan diri sejurus melakukan samun.
Transcript
00:00Dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Pesiaran Seri Putra 2 Bandar Seri Putra Kajang malam isnin dipercayai anggota kumpulan
00:07jenayah Samun yang menyasarkan rumah berhampiran lebuh raya.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata taktik itu digunakan bagi membolehkan suspek terus masuk lebuh raya
00:19dan menghilangkan diri dengan pantas selepas melakukan jenayah.
00:24Semakan mendapati kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 46 tahun itu mempunyai kira-kira 30 rekod jenayah membabitkan Samun,
00:34pecah rumah dan curi kenderaan.
00:36Dan mereka akan cari sasaran rumah yang dekat dengan highway. Jadi dia akan strike rumah tersebut dan terus masukkan highway
00:47untuk melepaskan diri.
00:49Kita percaya ada beberapa lagi ahli yang masih bebas tetapi buat masa ini saya tak dapat nak mengesahkan berapa jumlah
01:02dan ahli dan jumlah kes yang terlibat.
01:06Siasatan masih berjalan.
01:09Dan kawasan sasaran kumpulan ini antara lain adalah Melaka dan Selangor.
01:15Selangor ni Sungai Buloh, Kajang, Bangi, Banting dan sebagainya.
01:24Dan mereka juga cari sasaran-sasaran di mana pergerakan mereka tidak dapat dikesan.
01:31Maksud dia tiada CCTV di tepi-tepi jalan lah yang CCTV majlis dan sebagainya.
01:39Untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pihak penguatkuasa.
01:43Kumar menjelaskan suspek ditembak mati selepas melepaskan tembakan ke arah pasukan polis apabila diarahkan berhenti.
01:51Pemeriksaan lanjut menemukan sepucuk revolver 0.38 bersama enam butir peluru dan tiga kelungsung peluru.
01:59Selain itu, polis turut merampas empat bilah parang, pakaian toping muka, sarung tangan serta tiga nombor pendaftaran kenteraan.
Comments

Recommended