Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Polis mengesahkan isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan dua anaknya yang disiasat berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan masih berada di luar negara.
Transcript
00:00Polis mengesahkan isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tuh Puan Naimah Abdul Khalid dan dua anaknya yang disiasat berhubung dakwaan komplot
00:08menjatuhkan kerajaan masih berada di luar negara.
00:11Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, polis sudah berusaha menghubungi individu-individu terbabit sejurus siasatan dimulakan,
00:20namun mendapati mereka sudah meninggalkan negara.
00:25Di mana siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan melibatkan Tuh Puan Naimah.
00:37So, untuk maklumat rakan-rakan media, seramai 17 orang saksi telah dirakam percakapan, tetapi kita dapati, semakan rekod immigration kita
00:48dapati Tuh Puan Naimah dan dua anaknya masih berada di luar negara.
00:54Kertas siasatan telah ditaklimatkan dan diedarkan ke Jabatan Pembuang Negara untuk arahan dan nasihat selanjutnya dan kami masih menunggu maklum
01:07balas daripada Jabatan Pembuang Negara.
Comments

Recommended