Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
MCCA menyokong pengesahan umur pengguna media sosial bawah 16 tahun, namun menegaskan pelaksanaannya perlu diselia menyeluruh, telus dan melindungi data peribadi, termasuk mempertimbang MyDigitalID serta tarikh kuat kuasa.
Transcript
00:00Kerajaan disaran memperhalusi pelaksanaan pengesahan umur bagi penggunaan media sosial, khususnya melibatkan pengguna bawah 16 tahun.
00:08Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia, MCCA, Muhammad Sirajudin Jalil berkata, ia bagi memastikan aspek keselamatan dan kepercayaan awam terus terpelihara.
00:19MCCA menyokong usaha itu kerana ia penting bagi melindungi pengguna daripada risiko keselamatan cyber, kesihatan mental serta penyalahgunaan data pribadi.
00:30Namun jelas beliau pelaksanaan dasar tersebut perlu diselia secara menyeluruh dan tidak terhad kepada satu agensi sahaja, memandangkan ia turut
00:38melibatkan aspek perlindungan data dan keselamatan cyber negara.
00:42Beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap kaedah pengesahan umur termasuk penggunaan dokumen rasmi yang masih belum jelas dari segi platform serta
00:51pengurusan data.
00:53Katanya kurangnya ketulusan boleh menimbulkan keraguan pengguna apatah lagi 90% rakyat Malaysia menggunakan media sosial.
01:02Sehubungan itu beliau mencadangkan agar teknologi tempatan seperti My Digital ID dijadikan teras pelaksanaan selain meneliti semula tarikh pelaksanaan 1
01:11Jun 2026 jika masih terdapat kekaburan.
01:14Dan perkara ini perlu dipalusi sebab saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia yang menyatakan bahawa each verification, metodologi
01:29yang akan digunakan adalah dengan memuat naik dokumen rasmi kerajaan.
01:33Memuat naik kepada platform apa yang belum kita ketahui, siapakah syarikat yang akan mengelola data itu tadi, adakah mereka bersifat
01:43domestik ataupun bersifat antarabangsa.
01:45Jadi perkara ini tidak boleh dilindungi sebab di bawah Akta Perlindungan Data Pribadi, transparansi perlu wujud.
01:51That's why agenda utama itu bagus. Tetapi kalau pelaksanaannya, metodologinya tidak dipalusi dan tidak ada nilai transparansi, saya risau benda
02:01ini akan mengundang backfire pada pihak kerajaan kerana orang akan start mempersoalkan.
02:08Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
02:11Tindakan memuat naik dokumen berkenaan.
Comments

Recommended