Skip to playerSkip to main content
Bila tibanya Aidiladha, pasti banyak masak menu daging. Kalau nak resipi versi yang kurang lemak dan lebih sihat, boleh cuba resipi Pindang Daging ni. Daging lembut, kuah pula masam-masam dan wangi, memang sedap makan dengan nasi putih. Boleh cuba nanti.

PINDANG DAGING

BAHAN-BAHAN:
400gm daging - rebus empuk
3 inci lengkuas
2 inci keping halia - potong panjang
7 keping asam gelugur
2 batang serai - ketuk
2 helai daun pandan
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 cawan air
2 Air rebusan daging
1 biji cili merah - hiris serong
5 biji cili padi hijau
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #pindangdaging #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, saya pernah idea dahal Kak IK nak kongsi resepi menggunakan daging yang sedap dan mudah masak iaitu pindang
00:06daging
00:06Menu ni lebih kurang macam singgang juga, sama dia sedapnya
00:09Anda nak cuba? Jom kita masak
00:11Mula-mula panaskan sedikit je minat dalam periuk
00:14Kemudian masukkan daun pandan dan juga serai yang diketuk
00:18Tumih-tumih sikit sampai naik bau harum dan wangi
00:20Kemudian masukkan hirisan bawang merah
00:23Nak best guna bawang merah kecil atau bawang ros
00:25Nanti kuah pindang tu akan rasa manis bawang semula jadi
00:28Masukkan juga hirisan bawang putih
00:30Kacau-kacau sampai bawang kita tu sedikit layu dan kekuningan
00:34Seterusnya tuangkan air rebusan daging bersama sedikit air tambahan ke dalam periuk
00:39Masukkan juga daging yang kita telah rebus empuk
00:41Daging ni kita kena hiris nipis-nipis
00:43Tambahkan juga hirisan halia, lengkuas dan juga asam glugol
00:47Asam glugol ni memang kita guna banyak sebab rasanya memang masam
00:50Kacau-kacau dan biarkan kuah mereneh
00:52Gabungan halia, lengkuas dan asam glugol ni memang buat kopi dah jadi lebih segar dan sangat sedap
00:57Masukkan sekali serbuk kunyit untuk beri warna kuah pindang yang lebih cantik dan aroma yang lebih menyelerakan
01:03Ni kalau guna kunyit hidup pun boleh
01:05Rasa lebih sedap dan aroma pun lebih wangi
01:07Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa ikut cita rasa masing-masing
01:11Kalau suka masing, letak lebih
01:13Kalau nak lebih sehat, kurangkanlah garam tu
01:15Bila kuah pindang kita dah mula nampak sebati dan daging pun nampak lembut elok
01:19Masukkan hirisan cili merah dan juga cili padi hijau
01:23Biarkan mereneh seketika supaya rasa pedas tu meresap dalam kuah
01:26Ui, time ni bau dia memang sangat menggoda selera
01:29Masak simple je tapi boleh buat tegak rasa tak sabar nak makan
01:34Dah siap menu pindang daging kita
01:36Sesuai untuk anda yang nak makan daging bersih yang tak melemak dan tak bersantan
01:40Jadi jangan lupa cuba ya
01:41Nak tengok tim rasa masak share live?
01:43Jom intai asyik kami di titok macam rasa setiap selasa dan kami yang senilap makan yang rasa
01:47Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended