00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Perak memeriksa 1,662 kenderaan dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaan operasi khas Hari Raya Aidil
00:10Adha Ops HRAA 2026.
00:13Pengarah JPJ Perak Muhammad Yusof Abustan berkata, sebanyak 206 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan 510 notis P22 telah
00:25dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.
00:30Menurutnya, hasil saringan ujian air kencing terhadap 53 pemandu, kesemuanya didapati negatif penyalahgunaan bahan terlarang.
00:37Muhammad Yusof berkata, antara kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesing kenderaan motor dengan 139 kes, tiada insurans dengan 119
00:46kes dan tiada lesing memandu dengan 103 kes.
00:50Selain itu, dua kes melibatkan bas ekspres dikesan melalui penyamaran anggota, antaranya kesalahan memandu berterusan di lorong kanan.
00:58Ops HRAA 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 31 Mei turut memberi tumpuan kepada kesalahan kritikal yang sering menjadi punca
01:07kemalangan, termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
01:15Dalam tempoh Januari hingga Mei, sepanjang 23,287 kenderaan perdagangan diperiksa dan 2,923 tindakan penguat kasaan telah diambil.
01:26Sebanyak 44 kenderaan telah disita dalam operasi berkenaan.
01:31JPJ Perak turut mempergiatkan ops kenderaan mewah dengan 60 kenderaan disita termasuk model mewah seperti Toyota Alphard, Velfire dan Porsche
01:39Cayenne.
01:40Operasi ini merupakan langkah proaktif JPJ bagi mengurangkan kemalangan musim perayaan,
01:46memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Comments