Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Calon presiden Colombia, Paloma Valencia, berikrar untuk mempertahankan demokrasi serta membawa perubahan kepada negara itu.
Transcript
00:00Calon Presiden Colombia Paloma Valencia berikrar untuk mempertahankan demokrasi serta membawa perubahan kepada negara itu.
00:07Valencia yang berucap dalam perhimpunan penutup kempen beliau pada ahad menegaskan bahawa beliau akan mengutamakan peningkatan keselamatan yang lebih tegas
00:14sekiranya dipilih berbeza dengan dasar Presiden Gustavo Petro yang berhaluan kiri.
00:23Beliau memberi amaran kepada kumpulan bersenjata termasuk Tentera Pembebasan Nasional ELN, Klan Teluk, Gulf Klan, Tentera Gaitan Nista dan Sakibaki
00:33Kumpulan FARC Angkatan Bersenjata Revolusional Colombia bahawa beliau akan memburu mereka seperti tikus dan mereka akan merasai ketegasan seorang wanita
00:42Colombia.
00:42Valencia turut menolak usaha rundingan damai berterusan dengan kumpulan sepihan FARC, ELN serta kumpulan jenayah seperti Gulf Klan yang sebelum
00:52ini diusahakan oleh kerajaan Petro bagi menamatkan konflik berlarutan lebih enam dekad.
00:57Konflik tersebut ialah meragut lebih 450,000 nyawa. Nama rundingan yang dijalankan setakat ini belum menunjukkan hasil ketara dengan kurang
01:04tiga bulan berbaki dalam pentadbiran Petro.
01:06Manifesto Valencia menumpukan aspek keselamatan termasuk penambahan 60,000 anggota keselamatan dan penyambungan semula semburan udara tanaman koka.
01:16Lebih 41 juta rakyat Colombia layak mengundi dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan langsung pada 31 Mei ini.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended