Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jumlah kematian akibat wabak Ebola di Republik Demokratik Congo meningkat kepada 204 orang. WHO isytiharkan kecemasan antarabangsa, manakala Kesatuan Afrika memberi amaran 10 negara berisiko terjejas.
Transcript
00:00Pihak berkuasa di Republik Demokratik Kongo mengemas kini jumlah kematian akibat wabak Ibulang kepada 204 orang semalam beberapa jam selepas
00:08Persatuan Palang Merah mengaklumkan tiga sukarelawannya maut di negara itu.
00:12Kenyataan Kementerian Kesihatan Kongo menyebut 204 kematian direkodkan di tiga belayah negara besar di Afrika Tengah itu daripada 867 kes
00:22yang disyakit.
00:26Jumlah terakhir oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO pada Jumaat mencatatkan 177 kematian daripada 750 kes disyaki.
00:36WHO telah mengisytiarkan wabak demam berdarah yang sangat berjangkit itu sebagai kecemasan antarabangsa.
00:43Pada Sabtu, Agensi Kesihatan Kesatuan Afrika memberi amaran bahawa lebih banyak negara di benua itu berisiko terjejas akibat virus Ebola
00:51selain Kongo dan Uganda.
00:53Ketua Pusat Afrika untuk Kawanan Penyakit dan Pencegahan, John Kaseya, menyenaraikan Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Kongo, Ethiopia, Kenya, Rwanda,
01:04Sudan Selatan, Tanzania serta Zambia.
01:07Kaseya berkata mobiliti tinggi dan masalah keselamatan di rantau itu membantu penularan penyakit tersebut.
01:13Kes baru yang disahkan di Uganda pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan di negara Afrika Timur itu meningkat kepada
01:215 sejak wabak dikesan di sana dan di Kongo pada 15 Mei.
01:26Seorang individu di Uganda telah meninggal dunia.
01:30Ebola ialah penyakit virus maut yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecai badan.
01:35Ia boleh menyebabkan pendarahan teruk dan kegagalan organ.
01:38Wabak semasa tertumpu di Timur Kongo yang bergolak akibat konflik di mana ia mula dikesan di wilayah Ituri yang bersepadan
01:46dengan Uganda sebelum merebak ke Kivu Selatan.
01:50Ebola telah meragut lebih 15,000 nyawa di Afrika sepanjang setengah abad lalu.
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended