Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pelancong kembali ke kawasan White House sehari selepas insiden tembakan, dengan suasana dilaporkan tenang walaupun kawalan keselamatan diperketat.
Transcript
00:00Suasada di sekitar White House kembali tenang dengan kehadiran pelancong seperti biasa sehari selepas insiden tembakan melibatkan seorang lelaki bersenjata
00:07yang ditembak mati oleh pihak keselamatan.
00:10Walaupun kawalan keselamatan diperketatkan, beberapa pengunjung menyifatkan keadaan di lokasi sebagai tenang dan seperti tiada apa yang berlaku.
00:41Beberapa pelancong dilihat masih bergambar berhampiran lokasi insiden termasuk kawasan berhampiran bangunan muzium berkaitan sejarah White House yang mengalami kesan
00:51tembakan.
00:51Terdapat lubang peluru pada tingkap dan kesan darah di laluan perjalan kaki berdekatan yang menjadi bukti insiden yang berlaku sehari
00:59sebelumnya.
01:00Menurut pengkhidmatan rahsia AS, suspek menghampiri sekatan keselamatan di 70th Street dan Pennsylvania Avenue pada Ahad sebelum mengeluarkan senjata api
01:09dari beg dan melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
01:13Pegawai bertindak balas dengan tembakan balas yang mengakibatkan suspek cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
01:20Manakala seorang orang awam turut cedera akibat tembakan dalam insiden tersebut.
01:26Walaupun insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan keselamatan, kehidupan di sekitar White House dilihat kembali berjalan seperti biasa dengan kehadiran pelancong menunjukkan
01:36tahap keyakinan terhadap kawalan keselamatan yang disediakan.
Comments

Recommended