00:00Presiden Mekasyarikat Donald Trump mengecam pengkritik rundingan damai dengan Iran menyifatkan mereka sebagai tidak memahami proses sebenar.
00:08Dalam kenyataan di Truth Social, Trump menegaskan bahawa sebarang perjanjian yang dicapai kelak akan berbeza sama sekali daripada perjanjian era
00:16pentadbiran terdahulu.
00:18Trump bagaimanapun mengakui bahawa rundingan tersebut belum dimeterai sepenuhnya, malah butiran lengkap perjanjian juga belum diumumkan.
00:26Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai kritikan terhadap rundingan yang masih dalam proses.
00:33Sebelum itu, Trump malamkan beliau telah mengarahkan wakil rundingan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan perjanjian walaupun terdapat jangkaan awal bahawa
00:42persetujuan hampir dapat dicapai.
00:44Langkah ini menunjukkan pendekatan berhati-hati dalam rundingan yang kompleks melibatkan program nuklir Iran, sekatan ekonomi dan keselamatan serantau.
00:53Pada Sabtu lalu, Trump nyatakan bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah merundingkan Memorandum Persefahaman sebagai asas kepada perjanjian damai.
01:02Perjanjian itu antara lain dijangka membuka semula selat hormus.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments