Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perhimpunan besar-besaran diadakan di pusat bandar Taipei pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap cadangan peningkatan perbelanjaan pertahanan Taiwan.
Transcript
00:00Ratusan rakyat berkumpul di pusat bandar Taipei pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap rancangan kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara.
00:10Presiden Taiwan, Lai Ching Teh, sebelum ini mencadangkan tambahan belanjawan pertahanan bernilai kira-kira $40 bilion Amerika termasuk pembelian senjata
00:21dari Amerika Syarikat serta peralatan buatan tempatan seperti drone bagi memperkukuh keupayaan pertahanan terhadap China.
00:31Namun, Parlimen Taiwan yang dikuasai pebangkang meluluskan versi berbeza dengan hanya menfokuskan pembelian senjata dari Amerika Syarikat dengan alasan cadangan
00:41kerajaan tidak jelas dan berisiko menyebabkan keterisan.
00:46Perhimpunan di Taipei itu dianjurkan beberapa kumpulan hak asasi manusia dan pro-kemerdekaan yang menggesa peningkatan perbelanjaan pertahanan.
00:54Sementara itu, pemimpin parti perbangkang utama Kuomintang menegaskan Taiwan tidak mahu berdepan perang dengan China dan perlu berbelanja secara berhemah
01:03dalam isu pertahanan negara.
01:06Ketegangan politik antara kerajaan dan perbangkang terus meningkat.
01:10Susulan perbezaan pandangan mengenai hala tujuh perbelanjaan keselamatan negara di tengah-tengah tekanan geopolitik serantau.
01:17Sementara itu, penganalisis keselamatan melihat perbalahan ini boleh memberi kesan kepada kelancaran pelaksanaan dasar pertahanan Taiwan pada masa hadapan jika
01:27tiada persefahaman dicapai antara kedua-dua pihak.
Comments

Recommended