00:00Uganda mengasahkan tiga lagi kes baru Ebola menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada lima kes setakat ini.
00:07Menurut Kementerian Kesihatan Negara itu, dua daripada kes baru itu melibatkan seorang pemandu yang pernah membawa pesakit pertama
00:15manakala seorang lagi merupakan petugas kesihatan yang terdedah ketika merawat pesakit sama.
00:21Kedua-dua pemandu dan petugas kesihatan kini sedang menerima rawatan.
00:25Satu lagi kes membabitkan seorang warga Kongo yang memasuki Uganda dari Republik Demokratik Kongo sebelum mendapatkan rawatan di Kampala dan
00:35kemudian kembali ke negara asalnya.
00:38Pihak berkuasa kini mempergiatkan usaha pengesanan kontak dan pemantauan rapi terhadap semua individu yang dikenal pasti berisiko, termasuk mereka yang
00:48pernah berhubung dengan kes disahkan.
00:50Dalam masa sama, pasukan kesihatan juga meningkatkan operasi saringan di lapangan bagi mengesan kemungkinan jangkitan baru lebih awal.
00:58Langkah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan turut diperketatkan bagi mengurangkan risiko penularan rentas sempadan.
Comments