00:00Kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun disyaki didera wanita warga emas yang juga pengasuhnya di sebuah rumah di Seremban pada
00:09Khamis.
00:10Ketua Polis Negeri 9, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan pada 8 Khamis malam selepas melihat
00:18video kejadian berdurasi 1 minit 15 saat yang tular di bidah sosial.
00:26Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata rakaman video itu memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah
00:35rumah dan mangsa telah dikenalpasti oleh ibu bapanya.
00:39Katanya mangsa dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka kira-kira 7 bulan lepas.
00:46Ujar Al-Zafni mangsa dibawa ke hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk pemeriksaan dan rawatan.
00:52Katanya polis menahan wanita berusia 60 tahun pada 945 hari sama di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31
01:02-1 Akta A Kanak-Kanak 2001.
01:05Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes inspektor Kamarul Arifin Kamarul Zaman
01:15menerusi talian tertera.
Comments