00:00Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso dedahkan 50.9% atau 46,542 daripada 91,456 kes kemalangan yang direkodkan pada 2025
00:14ialah kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohd Azman Aziz Mohd berkata, statistik itu turut menunjukkan berlakunya tren membimbangkan khususnya
00:26dalam kalangan penunggang motosikal.
00:30Katanya kebanyakan mereka yang terkorban merupakan tulang belakang keluarga dan beliau menifatkan situasi tersebut sebagai membimbangkan dan menuntut tindakan melangkaui
00:38sekadar pendekatan reaktif kerana penyaluran faedah Perkeso bukan penyelesaian tunggal dalam masalah ini.
00:44Beliau berkata Perkeso dengan kerjasama Jabatan Sesatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT, Polis Diraja Malaysia melancarkan MyRider bagi memperkukul usaha pencegahan
00:53kemalangan jalan raya terutama melibatkan penunggang motosikal.
00:56Katanya kempen itu turut melibatkan pelbagai agensi dan rakan industri termasuk Kementerian Pengangkutan MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ sekaligus
01:05mencerminkan komitmen bersama ke arah memperkukul keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.
01:09Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Kawalan Lalu Lintas Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata PDRM memberikan
01:19sokongan penuh dalam menjayakan kempen MyRider.
Comments