Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Aliran trafik di lebuh raya utama masih lancar namun kesesakan mula dikesan ke arah Pantai Timur dan sempadan negara sempena cuti sekolah serta Aidiladha.

Transcript
00:00Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan masih lancar setakat jam 11 pagi Ahad meskipun peningkatan kenderaan
00:08mula dikesan sempena musim cuti sekolah dan sambutan Aidiladha yang bakal tiba.
00:13Ketika dihubungi Esra Awani, Lembaga Lebuh Raya Malaysia LLM memaklumkan trafik mula perlahan di beberapa laluan utama terutama ke arah
00:21pantai timur, susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan jalan raya.
00:24Aliran trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya Kuala Lumpur, Karak, KLK, arah timur dari MRR2 ke Plaza Turgombak dengan peningkatan
00:33mula dikesan sekitar jam 10 pagi berdasarkan pemantauan kamera litar tertutup CCTV.
00:39Selain itu, kemalangan di kilometer 435.8 arah utara dari Rawang ke Sungai Buaya terutama menyebabkan trafik bergerak perlahan walaupun
00:48lorong kanan dan tengah telah dibuka semula manakala lorong kecemasan masih terhalang.
00:52Satu lagi kemalangan di kilometer 45.8 arah timur dari genting sempah ke Bukit Tinggi turut menyebabkan trafik perlahan di
01:00laluan menuju pantai timur.
01:01Di sempadan negara pula, aliran trafik sesak dilaporkan di Tambak Johor dari Woodlands menuju kompleks CIQ Sultan Iskandar, Johor Baru.
01:10Kesesakan turut direkodkan dari Tuas ke kompleks CIQ Sultan Abu Bakar.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended