00:00Impian menunaikan ibadah haji bersama keluarga menjadi kenyataan apabila 10 beradik bersama 6 ipar berada di Tanah Suci untuk ibadah
00:08haji hasil disiplin menyimpan seorang ibu sejak kecil.
00:12Muhammad Huzair Zaikal yang merupakan anak keempat daripada 12 adik beradik berkata,
00:17apa yang menjadikan perjalanan ini lebih bermakna ialah setiap sin yang digunakan untuk menunaikan haji hari ini sebenarnya telah bermula
00:24sejak zaman kanak-kanak lagi termasuk simpanan duit raya yang tidak pernah dibelanjakan.
00:30Huzair berkata amalan menyimpan itu diterapkan oleh ibu bapanya sejak awal dengan setiap anak dibuka akaun tabung haji sebaik sahaja
00:37lahir.
00:40Mak ayah kami ayah seorang pensyarah di UITM Perak.
00:45Mak pun pernah mengajar di UITM dan telah memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa untuk membesarkan adik-adik.
00:55Alhamdulillah dan mak sekarang sepenuh masa mengajar Al-Quran di rumah untuk orang dewasa.
01:01Dan di situlah mak telah berusaha selepas buka akaun anak-anak, mak masukkan RM10 pada awalnya pada semua akaun anak
01:14-anak.
01:14Dan selepas itu bertambah RM20 sehinggalah saya rasa selama dua tahun mak menabung untuk kami semua adik-beradik dan selepas
01:25itu mak serahkan akaun masing-masing kepada adik-beradik lah untuk tambah penuhkan, cukupkan.
01:30sehingga jumlah yang boleh kami pergi untuk menaikkan haji lah bersama muasas sah tabung haji.
01:39Menurut Huzir, pengorbanan itu menjadi detik yang sangat menyentuh hati dan membuktikan kesungguhan ibu bapa dalam memastikan impian keluarga itu
01:46tercapai.
01:48Mak sangat gembira sebenarnya.
01:50Mak sangat gembira.
01:51Sebenarnya masa panggilan dibuat, ada di kalangan adik-beradik yang simpanan dia belum cukup.
02:03Dia kata mungkin tak apalah kita tangguh.
02:06Kami apa yang tak cukup itu kami tangguh untuk tahun depan ataupun tahun-tahun kemudian kita buat rayuan akan datang.
02:12Tapi mak kata tak apa, mak sanggup ambil tanggungjawab ni untuk penuhkan akaun, semata-mata nak tengok semua anak-anak
02:21dia pergi haji bersama.
02:23Jadi ini salah satu keinginan hajat mak ayah kami lah sebenarnya.
02:29Selain disiplin menyimpan, Huzir berkata didikan agama juga memainkan peranan besar dalam membentuk mereka sebagai sebuah keluarga.
02:37Menurutnya sejak kecil, mereka dibesarkan dalam sosana pembelajaran Al-Quran dan hadis di rumah
02:42dengan ibu bapa sentiasa memberi peringatan tentang keikhlasan dan tujuan sebenar beribadah.
02:48Huzir berkata seorang lagi adiknya tidak dapat mengikuti haji tahun ini disebabkan masalah kesihatan
02:53yang juga merupakan orang kurang upaya OKU.
02:56Terima kasih kerana menonton!
Comments