Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Puluhan ribu penduduk di Garden Grove, California diarahkan berpindah susulan suhu tangki bahan kimia rosak meningkat dan berisiko meletup, dengan kebimbangan pelepasan wap toksik yang boleh menjejaskan kesihatan awam.
Transcript
00:00Pihak berkuasa memberi amaran bahawa suhu dalam sebuah tangki bahan kimia yang rosak di Garden Grove, California semakin meningkat dan
00:08berisiko bocor atau meletup.
00:10Ujian menunjukkan suhu dalam tangki itu meningkat kira-kira 1 darjah Celsius setiap jam.
00:16Sesulan itu, puluhan ribu penduduk diarahkan berpindah dari rumah mereka di kawasan pinggir bandar Los Angeles kerana bimbang tangki tersebut
00:24boleh melepaskan huap toksik ke udara.
00:26Insiden itu bermula pada Khamis di Garden Grove, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 172 ribu penduduk dan terletak sekitar
00:3350 km di selatan Los Angeles.
00:36Ketua bahagian Orange County Fire Authority Craig Covey berkata suhu dalam tangki itu kini menjecah 90 darjah Celsius berbanding 77
00:44darjah Celsius pada pagi sebelumnya.
00:46Menurut beliau, pihak berkuasa sedang cuba pelbagai cara untuk mengelakkan tangki itu daripada meletup.
00:51Katanya mereka tidak mahu tangki tersebut meletup kerana ia boleh mengancam keselamatan komuniti serta merosakkan alam sekitar.
00:57Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa tetap menyediakan pelan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran, letupan atau kecemasan perubatan.
01:05Tangki yang rosak itu mengandungi metal-metacrylate iaitu bahan kimia mudah terbakar yang digunakan dalam pembuatan plastik dan industri aeroangkasa.
01:14Pegawai kesehatan bimbang huap daripada bahan kimia itu boleh menyebabkan masalah penafasan serius jika terdedah dalam tempoh lama.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended