Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menghargai usaha Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam menggerakkan rundingan damai serantau melibatkan beberapa negara Asia Barat.

Transcript
00:00Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan Syabas Sharif menghargai usaha Presiden AS Donald Trump dalam menggerakkan usaha damai serantau, susulan
00:08perbincangan telefon bersama beberapa pemimpin Asia Barat dan negara Islam.
00:12Menerusi hantaran di PlatformX pada Sabtu, Syabas menyifatkan Trump memainkan peranan luar biasa dalam usaha mengejar keamanan termasuk menerusi panggilan
00:21telefon yang disifatkannya sebagai produktif
00:23bersama pemimpin dari Arab Saudi, Qatar, Turki, Mesir, Emirah Arab Bersatu, UAE, Jordan dan Pakistan.
00:30Menurut beliau, Panglima Tentera Pakistan, Phil Mashal Syed Asim Munir, mewakili negara itu dalam perbincangan tersebut dan memainkan peranan penting
00:38sepanjang proses rundingan.
00:40Syabas turut menegaskan Pakistan akan meneruskan usaha damai dengan penuh komitmen dan berharap dapat menjadi tuan rumah kepada pusingan rundingan
00:48seterusnya dalam masa terdekat.
00:50Hantaran itu dibuat ketika ketegangan geopolitik di Asia Barat terus menjadi perhatian antarabangsa dengan beberapa negara meningkatkan usaha diplomatik bagi
00:58mengelakkan konflik berpancangan.
Comments

Recommended