00:03Seorang individu maut selepas berbalas tembakan dengan anggota keselamatan berhampiran White House pada Sabtu.
00:10Menurut perkhidmatan rahsia AS, suspek dilaporkan menghampiri sekatan keselamatan di persimpangan 17th Street dan Pennsylvania Avenue
00:20sebelum mengeluarkan senjata dari begnya dan melepaskan tembakan ke arah pegawai bertugas.
00:27Menurut kenyataan rasmi, anggota perkhidmatan rahsia membalas tembakan dan berjaya melumpuhkan suspek yang kemudiannya dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal
00:35dunia.
00:36Dalam insiden sama, seorang-orang awam turut terkena tembakan namun tahap kecederaan mangsa masih belum dipastikan.
00:42Pihak berkuasa juga belum mengesahkan sama ada tembakan tersebut dilepaskan oleh suspek atau anggota keselamatan.
00:48Perkhidmatan rahsia memaklumkan tiada anggota penguatkuasa undang-undang yang cedera dalam kejadian itu.
00:52Suspek dikenalpasti sebagai individu yang mengalami gangguan emosi dan sebelum ini pernah dikenakan perintah larangan mendekati kawasan tertentu.
01:00Sesetan lanjut kini dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.
01:04Presiden Donald Trump terus dilaporkan berada di White House ketika insiden berlaku.
01:08Kawasan sekitar dikawal ketat sejurus kejadian dengan pihak berkuasa mempertingkatkan langkah keselamatan.
01:12Insiden tersebut sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan di kawasan berprofel tinggi walaupun tindak balas pantas pasukan keselamatan berjaya mengelakkan
01:21kejadian lebih serius.
Comments