Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada skuad regu negara selepas menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026, menamatkan dominasi Thailand susulan penarikan diri lawan dalam aksi final di Stadium Titiwangsa.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan taniah kepada skuad regu sepak takraw negara atas kejayaan menjuarai Piala Dunia
00:08Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa malam tadi.
00:12Melalui hantaran di Facebook, beliau berkata kejayaan itu bukan saja membanggakan arena sukan tanah air, malah membuktikan semangat juang disiplin
00:21dan kesatuan tinggi mampu mengangkat Malaysia ke pesadar dunia.
00:24Ujarnya kemenangan ini adalah hadiah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia serta bukti bahawa anak watan memiliki keupayaan, ketahanan dan semangat
00:32luar biasa apabila membawa cabaran negara.
00:35Beliau turut mengucapkan syabas buat wira negara dan berharap atlet negara akan terus melakar kecemelangan demi Malaysia tercinta.
00:42Malaysia muncul juara acara regu berpasukan selepas Thailand menarik diri ketika aksi final yang berlangsung penuh kontroversi.
00:49Kerusan itu sekaligus menyaksikan skuad negara menamatkan dominasi Thailand yang muncul juara dalam tiga edisi terdahulu kejauhanan berprestij berkenaan.
Comments

Recommended