Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
KPKM memaklumkan bekalan makanan negara kekal mencukupi meskipun krisis global, dengan pelbagai pendekatan termasuk import segera dan dasar agromakanan bagi memastikan kestabilan bekalan serta akses pengguna terus terjamin.

Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM belum menerima sebarang laporan berhubung ketidakcukupan bekalan makanan setakat ini, termasuk pada musim perayaan
00:10berikutan krisis bekalan global.
00:12Menurut timbalan Ketua Sitiusaha Pembangunan KPKM, Datuk Luqman Ahmad, daripada simulasi yang dijalankan, dengan mengambil kira keadaan cuaca yang tidak
00:21menentu, bekalan makanan negara mencukupi sehingga Jun ini.
00:26Ujar beliau, bagi bulan berikutnya, KPKM mempunyai pelbagai pendekatan dalam memastikan kestabilan bekalan terjamin.
00:33Jelasnya, sekiranya bekalan tidak mencukupi, KPKM ada ruang untuk membawa masuk bekalan segera daripada negara pengeluar kerana majoriti barangan yang
00:41diimport adalah dari negara yang tidak terlibat dengan krisis di Asia Barat.
00:45Beliau berkata, kerajaan menerusi Dasar Agro Makanan Negara 2.0 juga memperuntukkan RM30 juta setahun bagi pemerkasaan usahawan, infrastruktur dan
00:55keterjaminan makanan yang dilaksanakan oleh KPKM.
00:58Sementara itu, Luqman berkata, Program Jualan Agro Madani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan nilai jualan mencecah
01:08RM101 juta tahun lepas,
01:10menerusi 4,695 program di seluruh negara dan memberi manfaat kepada lebih 6.89 juta pengguna.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended