00:00Konflik dan masalah keselamatan di Timur, Republik Demokratik Kongo, DRC, menjejaskan usaha membendung wabak Ebola.
00:08Menurut Menteri Kesehatan Samuel Roger Kamba, keadaan tidak selamat dan perpindahan penduduk menyukarkan usaha pasukan kesihatan untuk mengawal penularan wabak.
00:19Ketika berucap dalam taklimat di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika di Kampala,
00:24beliau berkata pihak berkuasa tidak dapat menghantar sepenuhnya pasukan tindak balas ke kawasan yang masih bergolak.
00:29Menurutnya, bantuan kemanusiaan sahaja tidak mencukupi tanpa kehadiran penuh petugas perubatan dan pakar kesehatan.
00:35Beliau turut menjelaskan kelewatan mengesan strain Ebola jenis Bundi Bujeo di Bunya memaksa sampel dihantar ke ibu negara Kinhasa untuk
00:44pengesahan sekaligus melambatkan tindakan kawalan.
00:48Katanya lagi, konflik berterusan dan kewujudan ramai penduduk yang berpindah menyebabkan usaha membendung wabak menjadi lebih rumit.
00:54Sementara itu, pengarah CDC Afrika, Jean Kasia berkata sebanyak 319 juta dolar Amerika diperlukan untuk membantu negara yang terjejas dan
01:03berisiko
01:04dengan lebih 75% dana itu diperlukan untuk Kongo dan negara jiran Uganda.
01:09Beliau berkata janji sumbangan yang diterima sudah melebihi 200 juta dolar Amerika namun dana tersebut masih belum disalurkan sepenuhnya.
Comments