00:00Seperti itu, pasaran buruh Malaysia kekal daya tahan pada suku pertama 2026
00:03meskipun berdepan dengan ketidaktentuan global, termasuk konflik di Asia Barat.
00:08Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia Dossom hari ini memaklumkan jumlah tenaga buruh
00:12meningkat kepada 17.23 juta orang dengan kadar penyertaan mencecah 70.9%.
00:22Bilangan penduduk pekerja turut berkembang 1% kepada 16.73 juta orang
00:28manakala kadar pengangguran menurun kepada 2.9% melibatkan 506,500 individu.
00:35Dalam tempoh sama, bilangan pekerja yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu
00:39menurun 4.1% kepada 231,600 orang menunjukkan peningkatan perluan pekerjaan sepenuh masa.
00:48Kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran juga berkurang kepada 35.2%
00:52manakala kadar tidak penuh berkaitan masa menurun kepada 0.7%.
00:57Dari sudut permintaan buruh, jumlah jawatan meningkat 1.8% kepada 9.23 juta
01:04dengan 97.9% daripadanya telah diisi.
01:08Prestasi ini seiring pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.4%
01:14pada suku pertama 2026 berbanding 4.4% tahun sebelumnya
01:20disokong peningkatan produktiviti buruh sebanyak 4.3% kepada RM26,171 bagi setiap pekerja.
01:31Secara keseluruhan, pasaran buruh negara kekal, kukuh dan disokong asas ekonomi domestik yang stabil.
01:37terima kasih.
01:38Terima kasih.
01:39Terima kasih.
Comments