00:00Seterusnya, Institut Keusahawanan Negara Berhak atau INSCAN telah melaburkan RM5 juta sejak tahun 2022 untuk memperkukuhkan ekosistem perusahaan sosial di
00:11Malaysia.
00:12Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Stephen Sim Chee Kiong berkata, inisiatif itu sebahagian daripada usaha memperkasakan ekonomi inklusif negara.
00:23Menurutnya, pelaburan itu dilakukan selepas INSCAN diberi mandat pada 2022 untuk menerajui pembangunan sektor perusahaan sosial.
00:31Jelasnya, perusahaan sosial kini semakin signifikan dalam berhadapan cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik dan krisis rantaian bekalan dengan model perniagaan
00:40yang menggabungkan keuntungan dan impak sosial.
00:43Sim berkata, sektor itu bukan sahaja berorientasikan keuntungan tetapi menekankan penyelesaian isu masyarakat dan alam sekitar secara mampat.
00:52Setakat ini, seramai 3,875 peserta telah mendapat manfaat daripada program tersebut, manakala RM200,000 turut diperuntukkan bagi membantu 20
01:01entiti memperluas operasi dan pasaran.
01:04Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSCAN, Vivianti Sarjuni berkata, pendekatan yang dilaksanakan pihaknya adalah untuk merapatkan jurang antara perusahaan sosial
01:13dan pasaran sebenar selain memperkukuh daya saing sektor tersebut.
01:18Tambahnya, INSCAN kini sedang memperluas pendekatan perolehan sosial agar menjadi amalan lebih meluas dalam ekosistem peniagaan negara.
01:25INSCAN juga menggalakkan lebih banyak perusahaan sosial mendapatkan penarafan rasmi bagi meningkatkan kredibiliti serta akses kepada pembayaan dan insentif kerajaan.
Comments