Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Seramai 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 selamat tiba di Istanbul pada Khamis. Enam individu dilaporkan cedera dan menjalani pemeriksaan kesihatan. Kesemua mereka dijangka pulang ke Malaysia pada Ahad ini selepas dibebaskan bersama 428 aktivis lain.

Transcript
00:00Kesemua 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa ketika menyertai misi kemanusiaan global Sumut Flotilla GSF 2.0
00:11selamat tiba di Istanbul, Turki pada 5.45 petang waktu tempatan pada Khamis.
00:17Perkara tersebut disahkan Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan yang turut memaklumkan 6 peserta termasuk 5 lelaki dilaporkan mengalami kecederaan
00:26dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut.
00:30Pada 21 Mei, seramai 428 aktivis kemanusiaan GSF 2.0 termasuk 29 rakyat Malaysia dilaporkan telah dibebaskan selepas ditahan Israel
00:40di perairan antarabangsa.
00:42Kesemua 29 aktivis berkenaan dijangka pulang ke tanah air pada ahad ini.
00:46Pada hari yang sama juga, Perdana Menteri Datuk Surya Nobrahim memaklumkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah menghantar 3 pesawat
00:54Turkish Airlines ke lapangan terbang Raman yang terletak di wilayah Israel bagi urusan membawa pulang aktivis yang ditahan.
01:00Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Sumut Nusantara Command Center SNCC, Datuk Dr. Sani Arabi Adul Alim Arabi.
01:08Menurut SNCC, kesemua 428 aktivis tersebut telah dipindahkan menggunakan bas menuju ke lapangan terbang berkenaan sebelum berlepas ke Istanbul menerusi
01:183 penerbangan khas berkod TK6919, TK6921 dan TK6925.
01:25Delegasi Malaysia dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital di Turki bagi mendapatkan laporan perubatan, susula laporan terdapat antara tahanan yang
01:33dipukul dan mengalami kecederaan.
01:36SNCC menjangkakan delegasi Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air pada Sabtu dan dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala
01:42Lumpur KLIA pada ahad ini.
Comments

Recommended