Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tadi jelas menunjukkan ukuran tahap produktiviti mengikut jam bekerja pekerja Malaysia telah meningkat 4.8% kepada sumbangan RM45.5 setiap jam. Sementara pengukuran sumbangan ekonomi mengikut setiap pekerja pula dilihat meningkat 4.3% kepada RM26,171 seorang. Namun, sejauh mana ia diterjemah kepada poket rakyat?
Transcript
00:00sejauh mana ia diterjemah kepada poket rakyat.
00:03Jadi untuk menjawab persoalan saya pada waktu ini,
00:05bersama dengan saya dalam talian Google Meet Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif,
00:09pengarah program MBA Putra Business School.
00:11Assalamualaikum, selamat pagi, Prash.
00:12Terima kasih kerana sudi bersama dengan kami dalam niaga awan pada pagi ini.
00:16Jadi, produktiviti buruh ini pada suku pertama lazimnya selalunya menunjukkan penyederhanaan
00:22berbanding suku keempat kerana faktor bermusim dan juga momentum awal tahun.
00:26Jadi, apabila produktiviti per jam bekerja turun daripada 58% itu menjadi 4.8%,
00:34adakah ini sekadar pola normal untuk setiap tahun pada suku pertama
00:38ataupun ada petujuk awal bahawa momentum produktiviti Malaysia mula kehilangan kekuatan struktur?
00:45Ya, Nabilah. Apabila kita melihat penyederhanaan produktiviti daripada 5.8% kepada 4.8%,
00:53memang sebenarnya adalah faktor yang memang bermusim pada suku pertama
00:59kalau kita lihat setiap tahun memang suku tahun pertama produktiviti itu adalah sedikit menurun
01:06kerana aktiviti ekonomi biasanya lebih perlahan selepas hujung tahun.
01:10Namun begitu, kita tidak boleh terlalu selesalah melihatnya sekadar pola yang biasa.
01:17apabila kita melihat dalam beberapa sektor utama dan pola produktiviti dalam sektor tersebut
01:26mula bergerak lebih perlahan, ia kemungkinan memberi isyarat awalan bahawa Malaysia sebenarnya
01:32masih berdepan dengan cabaran struktur khususnya dari sudut automasi dan juga inovasi.
01:39Dan apa yang lebih penting sekarang adalah adakah kita mampu meningkatkan keupayaan
01:43untuk menghasilkan output yang bernilai tinggi secara lebih konsisten
01:48tidak mengira suku tahun?
01:50Jadi, kalau berdasarkan apa yang Prof kongsikan tadi, kita lihat jumlah pekerja pula meningkat
01:56tetapi nilai ditambah per pekerja dan per jam pekerja itu menunjukkan sedikit penyederhanaan.
02:02Jadi, adakah Malaysia masih berkembang melalui penambahan tenaga kerja semata-mata
02:06sedangkan cabaran sebenar ialah meningkatkan nilai setiap pekerja itu, Prof?
02:12Betul. Baru-baru ini pun sudah ada laporan yang menunjukkan bahawa kita tidak boleh
02:17hanya bergantung ataupun membentangkan jumlah pekerja sahaja
02:23sebab memang jumlah pekerja itu memang terus meningkat
02:26tetapi yang lebih penting kualiti dan juga nilai tambah untuk setiap pekerja itu
02:31kerana kita lihat dalam statistik yang terkini ini nilai ditambah per pekerja
02:37dan juga per jam pekerja itu berkembang lebih pelahan daripada yang kita harapkan.
02:43Ini memberi gambaran bahawa model pertubuhan kita masih lagi banyak bergantung
02:49kepada penambahan tenaga kerja dan bukannya lonjakan produktiviti yang sebenar.
02:54Kalau kita biarkan ini dalam jangka masa panjang, ekonomi kita tidak boleh
03:00berkembang dengan hanya menambah bilangan pekerja kerana fokus kepada
03:06industri baharu, teknologi baharu sentiasa berkembang.
03:10Oleh itu, yang penting sekaranglah untuk memastikan bahawa kita berterusan
03:15mengarah kepada peningkatan kemahiran pekerja itu sendiri
03:20memastikan bahawa kita berjaya mengadaptasi teknologi dan juga kecekapan
03:26dari segi otomasi supaya setiap pekerja yang kita ambil itu mampu
03:31menjana nilai ekonomi yang lebih tinggi.
03:33Jadi isu sekarang ini adalah cabaran struktur khususnya berkenaan
03:37dengan otomasi dan peningkatan produktiviti khususnya dalam
03:41kecekapan teknologi. Itu yang boleh kita rangkumkan berdasarkan
03:44yang Prof jawab tadi. Tapi kalau produktiviti naik tetapi rakyat
03:48masih merasakanlah tekanan kos hari hidup dan juga pertumbuhan gaji
03:52tidak dirasai secara ketara, adakah akan berlaku jurang antara
03:57pertumbuhan ekonomi di atas kertas dengan realiti pendapatan isu rumah?
04:02Saya melihat memang wujud jurang apabila kita melihat angka
04:07pertumbuhan ekonomi. Ini adalah angka yang bersifat makro dan tidak
04:13semestinya kekayaan dari segi pendapatan, peningkatan pendapatan itu
04:18sampai ke rakyat di bawah. Mungkin yang lebih kaya adalah syarikat-syarikat
04:23keregasi multinational company dan juga mereka yang dalam pengurusan
04:31dan juga membangun pengarah. Tetapi kalau rakyat yang bekerja di
04:35peringkat eksekutif dan sebagainya mungkin tidak mendapat limpahan
04:40kekayaan tersebut. Dan apabila kita melihat produktiviti yang meningkat
04:44di peringkat makro memang tidak semestinya diterjemahkan kepada
04:49kenaikan gaji ataupun kuasa membeli untuk isi rumah itu meningkat.
04:54Dan apabila kos sara hidup meningkat lebih pantas daripada
04:57pertumbuhan pendapatan, sudah tentu yang akan merasa tekanan tersebut
05:01adalah rakyat. Oleh itu saya melihat cabaran Malaysia hari ini bukan
05:05sekadar mencetak pertumbuhan semata-mata. Tetapi memastikan hasil
05:10pertumbuhan itu diagih secara lebih adil, lebih bermakna kepada
05:14pekerja dan juga isi rumah supaya kualiti hidup mereka dapat
05:17ditingkatkan.
05:19Okey Prof, kita nak pergi lebih khusus tengok setiap sektor. Kalau kita
05:23lihat sektor pembinaan dan juga pembuatan, pembinaan dan juga
05:27pembuatan merupakan pemacu utama produktiviti. Tapi sebenarnya sektor
05:30pembinaan yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi berkembang
05:34lebih sederhana. Jadi adakah ini memberi isyarat bahawa Malaysia
05:37perlu mempercepatkan transformasi sektor perkhidmatan mungkin
05:41melalui digitalisasi ataupun AI dan juga pekerjaan bernilai tinggi?
05:45Apa pandangan Prof?
05:47Ya, memang satu isyarat yang sangat jelas bahawa kita harus
05:52melakukan transformasi di dalam sektor perkhidmatan kerana
05:56sektor perkhidmatan sebenarnya memang menyumbang bahagiannya
06:00terbesar dalam ekonomi Malaysia. Walaupun kita ada sektor lain
06:03pembinaan, pembuatan yang menurut menyokong produktiviti,
06:07tetapi apabila kita melihat sektor yang paling utama sekali ini
06:11berkembang agak sedikit perlahan dari sudut produktiviti,
06:15maka ini akan menyebabkan kita kesukar untuk melonjak status
06:19negara kita kepada negara yang berperawatan tinggi untuk
06:24memastikan kita lebih mampan dan juga berdaya saing.
06:27Oleh itu, apabila kita melihat fokus yang kerajaan pun sekarang pun
06:31tengah mahu pastikan bahawa kita kehadapan dalam beberapa sektor
06:37seperti ataupun industri seperti digitalisasi, AI, otomasi dan sebagainya
06:44harus dipercepatkan dan juga semua ini memerlukan modal insan yang lebih berkemahiran tinggi
06:55yang mempunyai nilai tambah ataupun nilai inovasi yang membolehkan kita lebih mampu berdaya saing dengan lebih agresif.
07:06Dan ini melalui semua sektor tetapi yang lebih penting sebenarnya adalah sektor serimatan
07:12yang merupakan penyumbang utama ekonomi negara kita.
07:15Kita faham apa yang menyumbang terutama kepada produktiviti buruh ini
07:20macam Prof katakan tadi adalah AI, otomasi dan juga ekonomi bernilai tinggi
07:24semua inilah yang menyumbang kepada peningkatan atau penurunan angka ataupun nilai itu.
07:28Tapi persoalan pada waktu ini adalah dalam tempoh mungkin 5 hingga 10 tahun akan datang
07:34ataupun tahun depan paling dekat pun apa mungkin risiko lebih besar
07:37mungkin dari segi pekerjaan yang digantikan teknologi ataupun tenaga kerja kita gagal
07:43bersedia untuk meningkatkan produktiviti bersama teknologi Prof?
07:47Memang ramai sudah memikirkan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun adakah kita akan ada pekerjaan
07:55kerana kita nampak seolah-olah teknologi akan menggantikan semua pekerjaan.
08:02tetapi isu yang lebih penting sebenarnya bukannya kita kehilangan pekerjaan
08:07tetapi bagaimana kita dapat mengadaptasi, menyesuaikan diri dengan teknologi
08:14kerana industri masih memerlukan pekerja tetapi pekerja yang mampu memberi
08:19tambah menggunakan teknologi. Oleh itu kalau kita mahu menjadi negara yang kekal makmur
08:27berdaya saing ialah kita mesti menjadi negara yang mampu melatih semula pekerjanya
08:34reskilling, upskilling supaya mereka dapat bekerja bersama teknologi
08:39bukan bersaing dengannya. Dan satu cabarannya ialah jika proses peningkatan kemahiran ini
08:46upskilling dan reskilling ini bergerak perlahan akan berlakunya risiko
08:50kewujudan curang yang besar apabila industri, pelabur memerlukan tenaga kerja yang
09:00tempatan yang mampu mengendalikan mesin ataupun atur caraan dan juga sistem yang
09:09menggunakan teknologi tinggi tetapi tidak ada yang layak ataupun sesuai maka terpaksa
09:15mengambil pekerja asing. Itu yang pekerja asing berkemaran tinggi. Itu yang kita
09:20tidak mahu. Apabila peluang ini sudah ada di negara kita sepatutnya rakyat kitalah yang
09:25mendapat manfaat, mendapat gaji yang lebih kompetitif disebabkan kemahiran
09:30kerja yang tinggi dan kualiti hidup pun lebih tinggi disebabkan gaji tersebut.
09:35Itu yang kita mahukan. Bukannya kita ada teknologi tetapi terpaksa pula berimport
09:40pekerja yang mahir untuk mengendalikannya.
09:42Kita nak cuba kurangkan kebimbangan terhadap kebergantungan kepada tenaga kerja
09:47kos rendah dan seterusnya nak kurangkan kebimbangan terhadap daisai yang global kita.
09:52Mungkin yang terakhir Prof untuk tutup perbincangan mungkin
09:55jika kadar pertumbuhan produktiviti per jam ini terus menyederhana dalam
10:00berapa suku akan datang, apa mungkin implikasi terhadap trajekteri pertumbuhan
10:04KDK Malaysia? Adakah ekonomi berisiko masuk ke fasa pertumbuhan sederhana
10:09ataupun middle income trap yang berpanjangan?
10:13Sudah tentu ini adalah satu risiko yang boleh terjadi kerana apabila kita melihat
10:19ketidaktentuan global dengan jangkaan bahawa ekonomi kita masih lagi berkembang
10:25tetapi agak perlahan berbanding tahun lepas.
10:29dan semua ini boleh menyebabkan wujudnya situasi yang pekerja tidak mampu
10:37menghasilkan kadar produktiviti yang tinggi sekaligus menyebabkan mereka tidak
10:42meningkat dari segi pendapatan ataupun gaji mereka.
10:46Maka ini akan memberi kesan yang memerangkap mereka untuk tidak mampu keluar
10:52daripada satu tahap yang tidak membolehkan mereka menjana pendapatan yang lebih.
11:00Jadi saya lihat segala dasar polisi termasuklah rancangan Malaysia ke-13 itu
11:05haruslah diterjemahkan dengan lebih nada ataupun kadar yang lebih segera
11:12supaya kita tidak menjuruslah ke arah ke itu dan itu yang penting
11:19semua harus fokuslah dengan apa yang perlu dicapai dalam polisi
11:23dan dasar yang telah tersedia.
11:25Baik, terima kasih di ucapkan kepada Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif
11:29pengarah program MBA Putra Business School atas perkongsian dan masa yang telah
11:32diberikan tadi dan kita akan terus.
Comments

Recommended