Skip to playerSkip to main content
Kerajaan akan memperkenalkan insentif baharu menerusi program SURIA (Sustainable Rebate and Incentive Assistance) bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar dalam kalangan rakyat. Menerusi program itu, bantuan rebat antara RM600 hingga RM3,000 akan diberikan kepada individu yang memasang sistem solar di kediaman masing-masing sehingga Disember 2026.

Program berkenaan akan mula dibuka bermula 1 Jun 2026 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM120 juta. Kerajaan turut memaklumkan bahawa individu yang telah memasang sistem solar menerusi program sebelum ini juga layak menikmati insentif tersebut, namun mereka perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan pengesahan dan kelulusan. #AWANInews
Transcript
00:02tenaga renewable energy kita
00:04dan program ini untuk membantu rakyat
00:08khususnya kita dah melancarkan program ATAR
00:10iaitu SOLAR
00:12dan sekarang ini kita nak umumkan juga insentif baru
00:18iaitu yang dipanggil program SURIA
00:23iaitu Sustainable Rebate and Incentive Assistance
00:27bantuan sebanyak rebate sebanyak RM600
00:31sehingga maksimum RM3,000
00:34kepada mereka yang masang SOLAR
00:36sehingga Desember hujung ini
00:40bermula 1 Jun 2026
00:45ini program ATAR
00:46jadi sebelum ini ada orang tanya
00:49tak ada insentif lagi
00:51dulu ada NEM ada insentif
00:53sekarang ini kita nak lancarkan
00:57dengan insentif
00:58dengan jumlah peruntukan
01:01sebanyak RM120 juta
01:04dan saya tahu bila diumumkan
01:06mula 1 Jun
01:07ada pula kata
01:09saya dah ikut program ATAR
01:11tapi tak dapat apa-apakah
01:13dah pasang, dah siap pun
01:15jadi tadi Dato' CKSU dan
01:18TKSU bahagian tenaga kata
01:20kita akan pertimbangkan
01:21siapa yang dah pasang sebelum ini
01:23insyaAllah juga akan layak
01:25tapi kita mohon
01:26terima kasih
01:27terima kasih
01:27selamat menikmati
01:27selamat menikmati
Comments

Recommended