00:06Seterusnya, kerajaan akan melaksanakan program Sustainable Rebate and Incentive Assistance atau Surya Home bermula 1 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada
00:17usaha membantu rakyat mengurangkan kos elektrik menerusi pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
00:24Menurut Menteri Peralihan, Tenaga dan Transformasi Air Petra, Datuk Seri Fadila Yusof, pengguna domestik yang memenuhi syarat kelayakan boleh menerima
00:33rebat sebanyak RM600 sehingga maksimum RM3,000.
00:39Surya Home ialah satu insentif kita lancarkan sebagai memberi insentif kepada mereka yang nak memasang solar di bawah program atap
00:48kita.
00:49Program atap dah dilancarkan mulai Januari tahun-tahun ini tapi bila ada suara-suara mengatakan tak adakah insentif yang diberikan
01:00jadi akhirnya kita memutuskan untuk memberi insentif dengan nilai RM120 juta bermula 1 Jun hingga Disember tahun ini.
01:11Dan kelihatan ialah RM600 sehingga RM3,000 dan RM300 satu kilowatt jam.
01:20Itu akan dapat RM600 lah.
01:23Jadi ini juga siapa yang dah memasang di bawah program atap juga insyaAllah akan layak tapi kenalah berdaftar dengan proses
01:34yang kita akan letakkan nanti.
01:36Beliau sebelum itu melancarkan program Surya Home di Putrajaya pada Jumaat.
01:41Tambah Fadila Yusof, program itu juga dijangka memberi manfaat antara 45,000 hingga 50,000 rumah dengan kapasiti solar terkumpul
01:49sekitar 250 megawatt.
01:51Dalam perkembangan sama, Petra menegaskan mana-mana pihak termasuk penyedia perkhidmatan solar yang didapati menyalahgunakan sistem permohonan yang disediakan oleh
02:01Sustainable Energy Development Authority Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad boleh disenari hitam daripada menyertai program insentif pada masa hadapan.
02:09Pelaksanaan Surya Home mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan manfaat peralihan tenaga dapat dirasai secara langsung oleh rakyat selaras dengan prinsip
02:18keterangkuman, kemampanan serta keterjaminan tenaga negara.
Comments