Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk menambah baik dasar sedia ada bagi memperkasa pengamal perubatan am (GP), termasuk memperluaskan skop rawatan di klinik swasta. Cadangan ini merangkumi kebenaran kepada klinik GP untuk menawarkan perkhidmatan seperti ultrasound serta perkhidmatan doktor kesihatan pekerjaan dengan lebih efektif dan selamat. Ia juga bertujuan mengiktiraf kemahiran serta latihan tambahan yang dimiliki oleh pengamal perubatan am.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM bercadang menambah baik dasar sedia ada bagi memperkasa pengamal perubatan A atau GP menerusi pelaksanaan tiga
00:09kaedah utama termasuk meluaskan skop rawatan di klinik swasta.
00:13Menurut KKM, langkah itu melibatkan kebenaran menawarkan perkhidmatan seperti ultrasound dan perkhidmatan doktor kesihatan pekerjaan secara lebih efektif dan selamat.
00:24Tambahnya ia juga bagi mengiktiraf kemahiran serta latihan tambahan yang dimiliki GP selain memperkenalkan arahan pelaksanaan baharu berkaitan skop perkhidmatan
00:33khusus di klinik swasta.
00:34Pada awal Mei lalu, industri klinik swasta dilaporkan berdepan cabaran susulan peningkatan jumlah pengamal perubatan am dan kos operasi termasuk
00:43harga ubat yang semakin meningkat.
00:44Dalam perkembangan sama, KKM terus mempertimbangkan cadangan memperluaskan program skim peduli kesihatan untuk kumpulan B40 atau PKB40 serta skim perubatan
00:54madani bagi merangkumi rawatan penyakit tidak berjangkit.
00:57Namun, KKM memaklumkan bahawa pelaksanaan peluasan program tersebut tertakluk kepada kelulusan peruntukan keuangan pada masa akan datang.
01:04Kedua-dua skim berkenaan merupakan modal kerjasama awam dan swasta yang memberi tumpuan kepada penelibatan klinik GP dalam penyampaian perkhidmatan
01:12kesihatan.
01:12Sebagai langkah tambahan, KKM terus bekerjasama dengan Kementerian Keuangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta pihak perunding swasta bagi menambah baik
01:21sistem dan proses permohonan pembukaan klinik swasta.
Comments

Recommended