Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori simen di Kilometer 34 Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LPT) Karak awal pagi Jumaat. Keempat-empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Transcript
00:00Bertemu kembali, tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori simen
00:09di kilometer 34 Lebur Raya Lingkaran Tengah Utama LPT Karak menghala ke Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat.
00:16Kejadian disahkan oleh Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Selangor yang juga memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan
00:26pada jam 2.07 pagi.
00:28Sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira
00:38jam 2.35 pagi.
00:40Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Volkswagen telah melanggar bagian belakang lori simen berkenaan.
00:47Empat mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan tersebut dengan seorang wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bagian kepala
00:56serta patah kaki kiri.
00:58Jelas JPPM Selangor, tiga lagi mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian
01:07Kesehatan.
01:08Tambah agensi itu, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas dan telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Comments

Recommended