Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
PBB melaporkan sekurang‑kurangnya 49 serangan oleh peneroka Israel dalam tempoh seminggu di Tebing Barat, dengan jumlah keseluruhan melebihi 870 kes sepanjang tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB melaporkan sekurang-kurangnya 49 insiden serangan oleh peneroka Israel di Tebing Barat dilaporkan dalam tempoh
00:09seminggu.
00:10Jurucakap PBB, Stephanie Dujarik berkata, angka itu berdasarkan data yang dikumpul oleh pejabat penyelarasan hal ewal kemanusiaan.
00:21Menurut beliau, trend keganasan itu termasuk peningkatan serangan membakar dengan sengaja yang menyasarkan rumah penduduk, ladang pertanian, kenderaan serta sebuah
00:31masjid.
00:32Dujarik berkata, insiden terbaru ini membawa jumlah keseluruhan serangan oleh peneroka yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta kepada lebih 870
00:42kes sepanjang tahun ini melibatkan lebih 220 komuniti Palestine.
00:47Perkembangan ini mencetus kebimbangan antarabangsa mengenai keselamatan penduduk awam di wilayah berkenaan.
00:55Tebing Barat merupakan antara wilayah yang dituntut Palestine sebagai sebahagian daripada penubuhan negara berdaulat.
01:02Namun Israel mendakwa mempunyai hubungan sejarah dan keagamaan terhadap wilayah itu serta keperluan keselamatan nasional sebagai asas kehadiran dan pembinaan
01:13penempatan di kawasan tersebut.
01:15Kerajaan Israel di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan mempercepatkan pembinaan penempatan di Tebing Barat selari dengan pendirian menolak penubuhan
01:25negara Palestine.
01:26PBB dan kebanyakan negara menganggap penempatan Israel di Tebing Barat yang dirampas dalam Perang 1967 sebagai tidak sah di sisi
01:35undang-undang antarabangsa.
01:37Pemerhati melihat situasi ini berpotensi untuk memburukkan lagi ketegangan dan menghakis peluang penyelesaian damai.
01:45dan menikmati peluang pen Wella
Comments

Recommended