Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha serta cuti panjang bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Transcript
00:00Sepanjang 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Adha serta cuti panjang
00:10bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini.
00:13Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizi Ismail, ini mendorong Polis Diraja Malaysia PDRM Kontingen Negeri untuk mempergiat pemantauan dan
00:23penguatkuasaan trafik di seluruh negeri itu.
00:28Beliau berkata peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku, susulan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung dan bercuti sempena musim
00:35perayaan dan cuti umum yang melibatkan Hari Raya Aidil Adha, Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi yang di Pertuan Agong.
00:42Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara dan laluan strategik pengguna. Jalan Raya dijangka menerima aliran trafik yang tinggi
00:49sepanjang tempoh cuti.
00:51Katanya bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum, PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
00:59Trafik JSPT akan mempergiatkan operasi pemantauan serta penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan.
01:05Azizi berkata PDRM mengekalkan konsep penugasan Preemptive Services and Total Enforcement yang memberi penekanan terhadap tindakan awal dan langkah pencegahan
01:14proaktif bagi mengurangkan kesesakan serta risiko kemalangan jalan raya sepanjang tempoh berkenaan.
01:19Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada kawasan kerap berlaku kemalangan atau Black Spot dan kawasan kesesakan Hot Spot di sepanjang
01:28lebuh Raya Utara Selatan Plus bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna.
01:32Selain itu, tumpuan juga diberikan terhadap daerah yang menyumbang kemalangan maut tertinggi dan kawasan kesesakan seperti Jalan Teluk Aitawar, Jalan
01:40Bagan Luar di seberang Perai Utara SPU, Jalan Perusahaan Perai Jalan Kulim di seberang Perai Tengah SPT, Jalan Besar Simpang
01:474 di seberang Perai Selatan SPS dan Lembuh Raya Tun Dr. Lim Chong U.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended