Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang memfitnah dan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun TikTok palsu.
Transcript
00:00Unit Siasatan Jenayah Terkelas USJT, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang memfitnah dan menghina yang di
00:11-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun TikTok palsu.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tindakan itu diambil susulan pengesanan kandungan oleh Pejabat Media dan
00:24Komunikasi Keluarga di Raja Johor, Royal Press Office.
00:31Kumar menjelaskan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan Seksyen 504 Kanun Kesiksaan iaitu sengaja mengaibkan seseorang dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
00:43Katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyalahgunakan perkhidmatan atau kemudahan rangkaian.
00:54M. Kumar menegaskan semua pihak perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat hantaran di media sosial khususnya berkaitan agama, bangsa dan
01:02institusi di Raja 3R.
01:05Pada Rabu, Pejabat Media Komunikasi dan Keluarga di Raja Johor menuntut tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menghasilkan akaun TikTok
01:14palsu bagi memfitnah serta menghina Sultan Ibrahim.
01:17Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pejabat itu memaklumkan akaun berkenaan menggunakan nama Sultan Ibrahim Ismail serta
01:27didapati memanfaatkan teknologi kecedasan buatan AI bagi menyebarkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended