Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam Ahad ini bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Waktu operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 malam ahad ini bersempena dengan pelawanan akhir Piala Malaysia antara
00:10Johor Darul Takzim JDT dan Kuching CTFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
00:17Pelawanan berkenaan di jadual berlangsung pada 9 malam Sabtu ini.
00:23Rapid Rail Sendera Berhad maklumkan waktu operasi tren bagi dua laluan iaitu Laluan Ampang Seri Petaling dan Laluan Putrajaya turut
00:31dilanjutkan bagi menampung pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.
00:35Menurut kenyataan itu, untuk menukar laluan dari Laluan Ampang Seri Petaling ke Laluan Putrajaya, hanya stesen Sungai Besi akan dibuka.
00:43Stesen lain di Laluan Ampang Seri Petaling dan Laluan Putrajaya akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di
00:50mana-mana stesen di Laluan tersebut untuk meneruskan perjalanan pulang.
00:55Rapid Rail turut menasihati penonton yang hadir keperlawanan untuk merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan kemudahan parkir di Park
01:02& Ride yang disediakan di stesen sepanjang Laluan Ampang Seri Petaling dan Laluan Putrajaya.
01:07Penumpang juga disarang menggunakan kad Touch & Go atau kaedah pembayaran tanpa tunai, manakala pengguna token pula digalakkan membuat pembelian
01:15awal bagi perjalanan pergi dan balik.
01:18Rapid KL akan menempatkan kaki tangan tambahan di lokasi strategik bagi membantu penumpang sepanjang tempoh lanjutan operasi tersebut.
Comments

Recommended