Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Penyertaan Malaysia dalam BRICS dilihat mampu memperkukuh kedudukan negara dalam ekonomi global, selain membantu mengurangkan kebergantungan kepada sistem kewangan tradisional yang didominasi kuasa besar dunia.
Transcript
00:00Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam BRICS dilihat mampu memperkukuh kedudukan negara dalam persaingan ekonomi dunia.
00:06Menteri Luar, Datuk Seri Muhammad Hassan berkata langkah itu juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada sistem keuangan tradisional yang didominasi
00:15oleh kuasa-kuasa besar.
00:19Muhammad Hassan berkata penubuhan BRICS bertujuan memastikan negara-negara selatan tidak terus dipinggirkan dalam ekonomi global.
00:27Menurutnya, blok perkenaan menyumbang kira-kira 30% daripada keluaran dalam negara kasar dunia serta mewakili populasi besar global.
00:35Beliau berkata agenda utama BRICS adalah untuk memperkukuh keupayaan negara anggota agar tidak terus tercicir khususnya selepas pandemik COVID-19.
00:46Muhammad berkata Malaysia kini turut memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dengan negara jiran termasuk ASEAN bagi mengurangkan kebergantungan
00:55kepada mata wang pihak ketiga.
00:57Beliau menegaskan langkah itu penting untuk memperkukuh dagangan serantau dan meningkatkan keyakinan terhadap mata wang negara masing-masing.
01:06Menurutnya, ringgit turut menunjukkan pengukuhan seiring peningkatan jumlah perdagangan negara dengan nilai dagangan Malaysia bagi suku pertama tahun ini sahaja
01:14melepasi RM1 triliun.
01:16Beliau yakin Malaysia berupaya memainkan peranan penting dalam BRICS berdasarkan kedudukan negara sebagai anggota ASEAN dan negara dagang aktif di
01:24peringkat antarabangsa.
01:25Katanya, perdekatan berkecuali dan dasar luar yang konsisten turut menjadikan Malaysia terus menjadi pilihan pelabur asing.
01:33Terima kasih.
Comments

Recommended