Skip to playerSkip to main content
Malaysia dilihat berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai antara peneraju haji lestari dunia menerusi pelaksanaan inisiatif Haji Lestari (Green Hajj) yang diperkenalkan Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif itu bukan sahaja memberi fokus kepada aspek ibadah, malah turut menekankan dimensi penjagaan alam sekitar sebagai amanah seluruh umat manusia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781061/berita/nasional/malaysia-antara-peneraju-haji-lestari-dunia

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #kitarsemula #hajilestari #GreenHajj
Transcript
00:00Untuk kita melancarkan satu kempen Haji Lestari ataupun Green Hajj
00:05yang inisiatif daripada Tabung Haji dengan kerjasama Arab Saudi
00:10dan Alhamdulillah kita menyaksikan bagaimana satu inisiatif
00:15di mana kita menyediakan satu ekosistem bagaimana Jumaat-Jumaat Haji kita
00:21boleh menyumbang untuk kitar semula kain ihram mereka.
00:27dan selain daripada itu kita juga menyediakan tong-tong untuk
00:33kitar semula yang lain, kertas, plastik dan lain-lain.
00:37Jadi apa yang kita ingin sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia
00:42dan juga seluruh umat manusia kepada dunia
00:46bahawa Haji juga perlunya ada dimensi penjagaan alam sekitar
00:52dan penjagaan alam sekitar ini merupakan amanah dan tanggungjawab
00:55oleh seluruh umat manusia dan Haji ini merupakan salah satu
01:00daripada perkara yang perlu ditekankan juga daripada aspek
01:04menjaga alam sekitar. Dan Alhamdulillah negara kita diantara yang
01:07paling terkehadapan dengan menyediakan satu ekosistem dan juga
01:11satu support sistem di mana kita mengitar semula sama ada
01:16recycling ataupun upcycling kain ihram dan barang-barang yang lain.
01:22jadi kepada semua ini merupakan inisiatif yang sangat-sangat baik
01:26dan boleh membuktikan kepada semua Malaysia adalah leading nation
01:31atau Malaysia adalah peneraju dalam Haji Lestari di dunia.
Comments

Recommended