Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang wanita cedera parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Alor Setar, pada Ahad.

Transcript
00:00Seorang wanita cedera parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di jalan
00:08TT Gajah Alustar, Padahad.
00:10Ketua Polis Daerah Kota Star, SCP Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.19 malam itu,
00:16mangsa yang berusia 35 tahun ditikam di bahagian leher kanan oleh suspek berusia 32 tahun di dalam kereta jenis Mazda
00:24milik mangsa.
00:28Katanya semasa kejadian, mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan.
00:34Selepas menikam mangsa, suspek telah melarikan diri dari lokasi kejadian dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.
00:41Mangsa pula telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahia Alustar untuk rawatan lanjut dan setakat ini dia dilaporkan berada dalam keadaan
00:48stabil.
00:49Beliau berkata, mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali kerana masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah bagaimanapun sejauh mana hubungan mereka
00:58masih belum dapat dipastikan lagi.
01:00Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecereraan parah menggunakan senjata.
01:09Beliau berkata, polis sedang mengesan senjata yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.
01:13Pihaknya juga meminta suspek untuk menyerah diri kepada polis dan orang ramai yang mengenali suspek juga diminta untuk menyalurkan maklumat
01:20bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
Comments

Recommended