Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sebelum menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menimbulkan isu lompat parti kerana kedua-duanya terlebih dahulu memulangkan mandat kepada rakyat.
Transcript
00:00Keputusan Datuk Seri Rafi Ziramli dan Nik Nazmini Ahmad mengusungkan kerusi parlimen masing-masing sebelum menyertai parti bersama Malaysia bersama
00:09tidak menimbulkan isu lompat parti kerana kedua-duanya terlebih dahulu memulangkan mandat kepada rakyat.
00:14Rafi Z berkata langkah mengusungkan kerusi parlimen pandan dan setia wangsa dibuat bagi menghormati mandat rakyat selain memastikan tindakan keluar
00:23daripada PKR tidak melanggar syarat bon parti atau peruntukan berkaitan anti-lompat parti.
00:30Risiko saman sebab itu sekuens pengumumannya itu berbeza.
00:38Saman PKR ataupun bon yang PKR ada itu ialah kalau kami keluar parti dan masuk parti lain sebagai ahli parlimen.
00:51Sebab sebelum ini tidak ada ahli parlimen yang sanggup mengusungkan kerusi.
00:56Semua nak jadi ahli parlimen tapi nak tukar parti.
01:00Jadi yang kami buat pada hari ini ialah kami mengusungkan kerusi dan mengembalikan mandat itu kepada rakyat.
01:07Maka bila kami keluar sebagai anggota PKR pada hari selasa sebenarnya itu tidak terikat dengan bon.
01:16Sebab itu kami memilih mengambil langkah inilah.
01:19Terima kasih.
01:20Terima kasih.
Comments

Recommended