Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) memberi amaran untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya laporan penuh siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights masih gagal didedahkan selepas tempoh menunggu yang panjang.
Transcript
00:00Laporan berikutnya, tindakan saman akan diteruskan sekiranya laporan penuh siasatan berkaitan insiden letupan saluran gas di Putra Heights masih tidak
00:10didedahkan.
00:11Itu penegasan penduduk kampung Kuala Sungai Baru.
00:13Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Berkenaan, Muhammad Badli Nordin berkata,
00:18mereka sudah menunggu sejak jawatan kuasa bebas ditubuhkan pada September tahun lalu, namun masih belum menerima laporan seperti yang dijanjikan.
00:28Jawatan kuasa ini ditubuhkan bulan 9 dan awal bulan 10, diorang ada buat sesi libat urus bersama semua mangsa Kuala
00:38Sungai Baru dan juga Putra Heights di Dewan Camellia.
00:43Saya rasa itu adalah sesi libat urus ataupun pertemuan yang pertama dan terakhir antara jawatan kuasa bebas yang dilantik ini
00:52dengan mangsa.
00:54Jadi diorang ada cakap nak jumpa kita, mungkin ada perjumpaan selepas itu dengan mangsa, tapi saya cek dengan kawan-kawan
01:01sahabat-sahabat kat sini, tak adalah.
01:03Mungkin di sebelah Putra Heights ada, tetapi di kampung Kuala Sungai Baru tak ada.
01:08Jadi kita sebenarnya memang, orang kata apa, memberi harapan yang besar juga lah kepada jawatan kuasa bebas ini.
01:17Menurut Muhammad Badli, laporan sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan, namun sehingga kini masih tiada hasil dikemukakan walaupun tempoh sebenar
01:27telah lama berlalu.
01:29Dia menegaskan penduduk kampung kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya laporan tersebut masih gagal didedahkan dalam masa terdekat.
01:38Kita pun di pihak jawatan kuasa kita tak ada berbincang lagi pasal itu lah.
01:44Jadi saya rasa kita apa tindakan seterusnya itu memang macam mana sekalipun kita dalam proses tindakan mahkamah.
01:58Jadi kita memanglah tunggu laporan itu juga untuk ini.
02:01Tapi kalau tak dapat juga, tindakan mahkamah ini kita akan teruskan juga lah.
02:06Kita tengok macam mana strategi pihak peguam kita lah terserahkan kepada pihak peguam macam mana.
02:12Di pihak kita mungkin kita perlukan, orang kata, bukti ataupun sedikit apa.
02:22Yelah bukti kalau boleh dikaitkan dengan kecuaian untuk kita bawa ke tengah lah isu itu.
02:29Mungkin itu yang kita perlukan.
02:31Tetapi kalau laporan ini kita tunggu terlalu lama, kita terpaksa teruskan lah dengan apa yang kita telah rancang bersama-sama
02:41dengan pihak peguam lah.
02:42Yang itu yang kita sedang tunggu juga sekarang.
02:47Pada Sabtu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan laporan semakan siasatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas jawatan kuasa bebas membentangkan dapatan kepada
02:58Kerajaan Negeri bulan lalu.
Comments

Recommended