Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Lebih 20 peratus kanak-kanak di Indonesia dilaporkan mengalami masalah bantut akibat kekurangan zat makanan, dengan kerajaan menyasarkan program itu dapat memberi manfaat kepada hampir 83 juta penduduk negara berkenaan.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengakui program makanan percuma untuk menangani masalah kekurangan zat makanan di Indonesia berdepan pelbagai masalah dan
00:11juga cabaran.
00:12Menurut Prabowo, ribuan individu dilaporkan jatuh sakit setiap program bernilai berbilion dolar itu dilancarkan pada Januari tahun lalu.
00:20Beliau berkata kerajaan sedang berusaha memperkemas pelaksanaan program makanan berkasiak percuma berkenaan.
00:25Program itu dilaporkan sudah memberi manfaat kepada lebih 61 juta rakyat Indonesia setakat Mac lalu.
00:32Namun ia turut menjadi antara perbelanjaan awal yang dikurangkan ketika Jakarta berusaha menangani kesan ekonomi akibat perang di Asia Barat.
00:41Kerajaan Indonesia sebelum ini mengurangkan pelaksanaan program daripada 6 hari kepada 5 hari seminggu bagi menjimatkan sehingga RM40 triliun bersamaan
00:50lebih RM9 bilion.
00:52Walaupun berdepan pelbagai isu, Prabowo menegaskan program kenaan masih mendapat sokongan rakyat terutama golongan luar bandar.
01:00Katanya ramai petani dan rakyat biasa meminta kerajaan meneruskan inisiatif itu kerana membantu memastikan kanak-kanak mendapat makanan mencukupi.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended