Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
China menggesa negara pemilik senjata nuklear menarik balik semua senjata yang ditempatkan di luar negara serta menghentikan penempatan baharu di wilayah asing bagi mengelakkan risiko percambahan senjata nuklear.
Transcript
00:00China menggesa negara-negara pemilik senjata nuklear menarik balik semua senjata nuklear yang ditempatkan di luar negara ke tanah air
00:07masing-masing.
00:09Gesaan itu disuarakan dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PDBB berhubung Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear NPT di New York.
00:18Wakil China pada persidangan itu berkata penempatan senjata nuklear di wilayah asing perlu dihentikan.
00:24Menurut China, isu perkongsian nuklear bukan sahaja berkaitan pelucutan senjata malah melibatkan risiko percambahan senjata nuklear yang boleh mengugat keselamatan
00:34global.
00:35China menyatakan kebimbangan terhadap pengaturan perkongsian nuklear dan dasar pencegahan lanjutan yang diamalkan oleh sesetengah negara.
00:43Beijing menggesa negara pemilik senjata nuklear menarik balik semua senjata yang ditempatkan di luar negara serta mengelakkan penempatan baharu di
00:51wilayah asing.
00:52Dalam persidangan sama, China turut membangkitkan kebimbangan mengenai ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan bahan nuklear sensitif di sesetengah negara.
01:01China menyeru agensi tenaga atom antarabangsa memperkukuh pemantauan dan penyelidikan bagi mengelakkan pelanggaran terhadap perjanjian NPT.
01:10China juga menegaskan kenyataan pro-nuklear oleh sebahagian pegawai kanan negara tertentu memerlukan perhatian serius dan mekanisme amaran awal risiko
01:19perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan ketidakpatuhan terhadap perjanjian antarabangsa itu.
01:24Bicara
Comments

Recommended