Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Agenda keterjaminan makanan negara tidak boleh dipikul oleh satu kementerian sahaja, sebaliknya perlu digerakkan secara menyeluruh melibatkan pelbagai agensi, industri dan pengguna
Transcript
00:00Isu terkait soal bekalan dan keselamatan makanan tidak hanya dipikul oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semata-mata.
00:07Sebaliknya ia perlu digerakkan sebagai agenda nasional yang melibatkan pembagaian kementerian, agensi, industri dan pengguna sendiri.
00:16Pencana Fakulti Industri Asas Tani Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madhya Sri Intan Mukhtar berpandangan,
00:22pendekatan semasa masih belum melihat pada keseluruhan ekosistem makanan secara menyeluruh.
00:26Sedangkan isu itu kini semakin strategik dalam konteks keselamatan negara dan daya tahan rakyat.
00:33Ini juga adalah isu strategik keselamatan negara kerana kalau kita dalam keadaan peperangan,
00:42dalam keadaan yang tidak stabil, kita tidak boleh pergi berperang dengan perut yang lapar.
00:50Jadi, kalau kita bergantung kepada import, kita tidak ada makanan yang mencukupi dalam negara,
00:58memang kita tidak boleh jadi pergi berperang dan sebagainya.
01:04Maksud saya, ini senario yang paling drastik.
01:07Tapi, pada masa yang sama, saya harap perkara ini menjadi satu titik di mana ia memberi kesedaran yang besar kepada
01:19kerajaan,
01:20kepada semua pihak dan juga kepada pengguna juga.
01:25Bahawanya kita perlu ambil bertindak sekarang.
01:29Seri Intan turut menjelaskan, pergantungan tinggi kepada import makanan boleh meningkatkan risiko
01:36sekiranya berlaku gangguan bekalan global atau ketidakstabilan antarabangsa.
01:41Katanya, situasi tersebut sepatutnya menjadi titik kesedaran kepada kerajaan, industri dan pengguna
01:47supaya tindakan lebih menyeluruh dapat dilaksanakan dari sekarang.
01:52Ujangnya lagi, masyarakat juga perlu membina kesedaran mengenai sumber makanan alternatif
01:57dan tidak terlalu bergantung kepada satu jenis makanan ruji semata-mata.
Comments

Recommended