00:00Migrant tanpa dokumen dipercayai sanggup membayar antara RM5,000 hingga RM25,000 kepada agent dan penyeludup untuk memasuki Malaysia secara
00:09haram.
00:10Malah ada yang membayar sehingga RM50,000 untuk transit ke negara ketiga seperti Australia.
00:16Pengarah Executive Tenaganita Glorendaz berkata,
00:19Sindiket Penyeludupan Manusia mengambil kesempatan terhadap golongan terdesak yang mahu mencari kehidupan lebih baik.
00:26Katanya, ramai migran sanggup mempertaruhkan nyawa kerana merasakan mereka tiada pilihan lain.
00:33Kejadian terbaru membabitkan bot karam di perairan Pulau Pangkor, Perak menyaksikan 23 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 14 lagi masih hilang.
00:44Siasatan awal mendapati mereka dipercayai datang dari kisaran Indonesia sebelum menuju ke beberapa lokasi di Malaysia.
00:51Menurut Glorend, tragedi seperti ini berpunca daripada kemiskinan, hutang, eksploitasi agent dan kelemahan sistem pelindungan migrasi rentas sempadan.
01:01Beliau berkata, Malaysia terus menjadi destinasi pilihan kerana peluang pekerjaan dan kewujudan komuniti migran sedia ada.
01:08Sementara itu, Koordinator Migrant Care Malaysia Alex Ong berkata, kira-kira 120 warga Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Malaysia sepanjang
01:19tahun lalu.
01:20Katanya, lebih 95% daripada jumlah itu dipercayai pekerja tanpa dokumen yang datang ke negara ini demi mencari peluang hidup
01:29lebih baik.
01:29Kadija Juno, FMT
Comments